Sunday, December 12, 2010

Mukjizat-Mukjizat Nabi :)

Mukjizat Nabi Musa A.S.

1. Berbelah laut setelah Nabi Musa A.S. memukulkan tongkatnya ke laut. Tatkala Nabi Musa dan kaumnya dikejar Firaun dan tenteranya.

Firman Allah S.W.T. dalam surah Asy-Syu'ara ayat 63 yang bermaksud :

Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa, "Pukulkanlah tongkat engkau ke laut!" Lalu laut itu terbelah dua.
2. Tongkat Nabi Musa A.S. menjadi ular yang besar dan menelan sihir yang dibuat oleh tukang sihir Firaun.

Mukjizat Nabi Ibrahim A.S.

Tidak terbakar oleh api ketika dibakar oleh Raja Namruz. Tetapi api itu menjadi dingin dan penyelamat bagi Nabi Ibrahim A.S.

Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Anbiya ayat 68-69 yang bermaksud :

Mereka berkata : "Bakarlah dia! Pertahankanlah tuhan-tuhan kamu, jika kamu mahu bertindak." Tuhan berfirman : "Wahai api! Jadilah kamu sejuk dan selamat sejahtera bagi Ibrahim!"

Mukjizat Nabi Soleh A.S.

Keluar unta dari dalam batu.

Mukjizat Nabi Sulaiman A.S.

Syaitan, burung, angin dan sebagainya dapat dapat diperintahkannya.

Mujizat Nabi Daud A.S.

Besi menjadi lembut di tangannya.

Mukjizat Nabi Isa A.S.

1. Pernah menyembuhkan penyakit kulit, buta dan menghidupkan orang yang mati.

2. Turun hidangan dari langit atas permintaan Nabi Isa A.S. untuk dimakan oleh sahabat-sahabatnya dan lain-lain.

Mukjizat Nabi Muhammad S.A.W.

1. Al-Quran yang tidak dapat dicontohi oleh sesiapapun, baik manusia atau jin, Al-Quran lah mukjizat Nabi yang besar dan kekal hingga ke hari ini.

Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' ayat 88 yang bermaksud :

Katakanlah, "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat seperti Al-Quran ini, pasti mereka tidak akan boleh membuat yang serupanya, sekalipun mereka bergotong-royong."

2. Bulan terbelah dua.

3. Tertahan matahari seketika.

4. Terbit air dari celah-celah jarinya sehingga dapat mencukupkan keperluanuntuk orang yang ramai.

5. Membanyakkan makanan yang sedikit.

6. Menyembuhkan penyakit.

7. Batu dan kayu memberi salam kapada Rasulullah S.A.W.

8. Segala ucapannya tentang kejadian yang akan berlaku baik di waktu Nabi masih hidup atau sesudah wafatnya benar-benar terjadi.

Dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment