Thursday, December 9, 2010

Saya Tak Mahu Jadi DEWASA!

Dulu, saya nak cepat-cepat jadi dewasa.
Boleh pakai kasut tumit tinggi.
Boleh melaram, mekap-mekap muka.

Boleh cepat kerja, sebab org slalu tanya apa cita-cita.
Boleh pegi mana-mana saya suka.
Boleh bercinta.
Boleh balik rumah lewat malam.
Banyak benda lah boleh buat kalau dah besar ni.

Lama-lama, baru saya perasan..
Saya dah tak baca komik Doraemon, tapi baca majalah Cleo,
Saya dah tak main masak-masak tapi memang masak betul-betul,
Saya dah lama dapat kunci 21, saya dah boleh mengundi,
Kahwin pun boleh, kalau saya nak.

Saya ingatkan best jadi dewasa ni,
Saya boleh buat keputusan sendiri, 
Kakak dan abang saya dah tak boleh marah saya.

Saya bukan budak hingusan lagi tapi mahasiswi universiti
Universiti saya kat Eropah pulak tu, tak penah-penah saya fikir nak pergi overseas,
Kalau pegi theme park, semua rides saya boleh naik, tiada halangan umur atau tinggi
Dulu saya buat karangan "Saya Seekor Nyamuk" tapi baru-baru ni saya submit essay pasal Forensic Evidence In Courts of Law.
Dulu saya mintak papa beli komputer sebab nak main games, tapi sekarang saya beli komputer untuk buat assignments dan macam-macam.

Rupa-rupannya...
Jadi dewasa ni...
Kena matang,
Kena professional,
Banyak tanggungjawab,
Banyak masalah, lagi banyak dari masa remaja dulu,
Banyak essay nak kene tulis,
Banyak pakai duit,
Tak boleh emosional tak bertempat,
Kena cari makan sendiri,
Kena buat keputusan, keputusan, keputusan dan keputusan,
Kena kawan dengan semua orang, biarpun tak sama minat dengan kita,
Kena berpada-pada kawan dengan berlainan jantina,
And banyak lagi la kena,kena,kena,kena,kena dan kena..

Namun itulah SUNNATULLAH
Saya kena hadapi dengan redha dan tabah :)

No comments:

Post a Comment